Ini BUKAN SOALAN RAMALAN. Hanya contoh sahaja

Seksyen A : Pengetahuan Am

1.    Pilih pernyataan yang SALAH mengenai piramid makanan

A.    Mee, nasi, bijirin, roti dan hasil bijirin dan ubi-ubian adalah makanan yang utama.
B.    Mengandungi 5 kumpulan dengan 4 aras termasuk jumlah sajian harian yang dicadangkan.
C.    Lemak, minyak, garam dan gula meningkatkan risiko penyakit kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dan kanser.
D.    1500 kkal sehari cukup untuk seorang lelaki aktif, wanita yang sangat aktif, remaja lelaki dan wanita serta lelaki yang kurang berat badan.

2.    Berikut ialah penyumbang kepada kanser serviks KECUALI

A.    Strok
B.    Merokok
C.    Kerap hamil
D.    Jangkitan HIV


3.    Bagaimanakah kencing tikus boleh berjangkit pada manusia?

I.    Dipindahkan menerusi air yang dicemari oleh air kencing binatang dan menyentuh bukaan kulit atau mata.
II.    Dijangkiti menerusi air, makanan atau tanah yang dicemari kencing haiwan pembawa.
III.    Melalui sentuhan kulit pada binatang yang menjadi pembawa.
IV.    Menerusi air kencing binatang secara langsung.

A.    I dan II
B.    I, II dan III
C.    II, III dan IV
D.    I, II, III dan IV


4.    Apakah salah satu tanda bagi gejala serangan panik?

A.    Serangan jantung
B.    Kerosakan saraf
C.    Pening
D.    Buta

5.    Berdasarkan pernyataan di bawah, manakah yang TIDAK BERKAITAN dengan protein?

A.    Mengandungi zat contohnya asid amino.
B.    Protein kelas pertama banyak diperolehi daripada haiwan.
C.    Memanaskan badan apabila berada di persekitaran yang terlalu sejuk.
D.    Protein sayuran mengandungi sedikit protein kelas pertama dan protein kelas kedua.


6.    Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara dan Kepala Utama Negara merujuk kepada

A.    Sultan
B.    Ketua Menteri
C.    Perdana Menteri
D.    Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong


7.    Dalam proses kejadian manusia, bilakah jantung mula terbentuk?

A.    Selepas 1 minggu percantuman ovum dan sperma
B.    Selepas 2 minggu percantuman ovum dan sperma
C.    Selepas 3 minggu percantuman ovum dan sperma
D.    Selepas 4 minggu percantuman ovum dan sperma


8.    Demam campak boleh memberi kesan seperti

A.    Lumpuh
B.    Kematian
C.    Kejang otot
D.    Cacat penglihatan


9.    Pilih kenyataan yang BENAR mengenai vaksin

A.    Vaksin digunakan untuk melindungi semua jenis kuman di dunia.
B.    Vaksin diberikan pada bayi yang baru lahir sejak penghujung 1990an di Malaysia.
C.    Bertujuan untuk melindungi dari jangkitan kuman tertentu yang tidak merbahaya dan tidak memberikan kesan dan kematian.
D.    Vaksin yang disuntik ke dalam tubuh badan manusia akan merangsang sistem pertahanan badan supaya menghasilkan antibodi atau sistem imun yang kuat untuk menentang kuman.


10.    Apakah cara yang selamat untuk mengelakkan kecederaan semasa bersenam
I.    Bersenam dengan program senaman kecergasan yang mendapat nasihat doktor.
II.    Tambah 2 – 3 minit aktiviti senaman anda setiap minggu sehingga mencapat 30 minit.
III.    Senaman dimulakan dengan selang seli dari 2 – 3 minit, disusuli 2 – 3 minit sepanjang 15 minit.
IV.    Senaman dimulakan dengan peningkatan secara berperingkat-peringkat untuk minggu tertentu apabila anda semakin cergas.

A.    I dan II
B.    I, II dan III
C.    II, III dan IV
D.    I, II, III dan IV



Untuk versi lengkap, sila ke website ini: >> Peperiksaan Latihan Separa Perubatan


http://tinyurl.com/separaperubatan7sep2017

Tag:
semakan temuduga separa perubatan, apa itu separa perubatan, semakan keputusan temuduga latihan separa perubatan bertaraf diploma, semakan keputusan temuduga separa perubatan, keputusan temuduga separa perubatan, senarai kolej latihan separa perubatan, semakan temuduga spa, semakan panggilan temuduga